Saturday, December 17, 2011


Bila Kita Berbicara Soal Hati

alt
berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik. Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak. Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan, kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu.
Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul. Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling. Orang yang berbuat baik dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka  yang membantutkan hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada..Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati.
Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk, dan hati yang baik. Bagaimana hati yang busuk itu dan apa pula hati yang baik itu? Bolehkah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku di dalam hati insan ataupun individu lain? Hebat sangatkah kita meneka? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan yakin dan megahnya berkata "Aku tahu niat dia tu memang tak elok...niat dia saje nak tarik perhatian...niat dia itu...niat dia ini......niat dia memang nak mengenakan orang lain...niat dia nak menunjuk-nunjuk..." Padahal diri kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam hati kita.. Mulut bicara lain, tapi di selubuk hati berkata lain. Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan niat orang di sekeliling kita? Sedangkan sesungguh-Nya Allah jualah yang lebih mengetahui.
Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri.Terlalu banyak kekhilafan diri.Saya juga selalu berteka-teka dengan hati, perasaan, akal dan fikiran sendiri.Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri.Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri.Semuanya kerana diri ini sendiri.

Tuesday, November 29, 2011


KHASIAT BAWANG


Adakah anda mempunyai masalah berat badan? Pasti anda akan berusaha untuk mengurangkannnya. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda untuk membakar lemak antaranya melalui senaman dan diet. Tetapi anda juga boleh turut membakarnya walaupun ketika anda makan. Antara makanan yang membantu untuk pembakaran lemak ialah..
(1) Bawang putih/merah- Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.
(2) Tomato- Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.
(3) Putih telur- Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.
(4) Lada- Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
(5) Anggur- Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.
(6) Lobak merah- Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.
(7) Timun- Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.


Waktu Ideal Untuk Kahwin dan Mengandung (khas untuk wanita)





Sebenarnya, aku terdetik untuk menaip entry ni sebab sejak kebelakangan ni, ramai wanita yang mengeluh akibat belum mendapat pasangan tunang lagi walaupun usia sudah mencecah 20an. Kepada yang dah berpunya tu, tahniah dan semoaga sampai ke jinjang pelamin cepat-cepat. Yang dok tengah nak amek SPM, kalau ade peluang sambung study toksah taksub sgt nak kahwin ye..Melainkan anda nak jadi suri rumah sepenuh mase pasni. Banyak cabaran lagi yang perlu ditempuhi.

Back to the topic, anda sangat beruntung kalau anda decide nak menimang cahaya mata pada umur 20an (20-25). Strictly speaking, ini adalah dari sudut pandangan biology, bukan matematik. Kajian menyatakan bahawa umo 24-25 mmg sangat-sangat molek lah untuk anda mengandung dan melahirkan cahaya mata. Ini kerana pada umur tersebut, condition untuk menjalankan aktiviti tersebut adelah pada tahap yg perfect atau sangat bagus. Tambahan pula pada waktu sedemikian, risiko masalah-masalah gynecological seperti fibroids (tumor pada uterus) dan endometriosis (perumbuhan tisu endometrium) adelah rendah. Risiko tersebut meningkat bile umur korang meningkat. Tekanan darah pon berade dalam keadaan terbaek dan risiko penyakit diabetis kurang time umo 20an. DNA dalam ovum pon berade dalam keadaan Tip Top dan of course, fizikal anda berade dalam keadaan flexible dan kuat. Nak panjat KLCC tanpa tali keselamatan pon boleh.

WARNING kepada akak2 (panggil makcik kang marah lak..) yang nak lahirkan anak pada umur atas 35. Ianya sangat bahaya sebab risiko birth defects sangat tinggi. Bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. Sebab DNA dalam telur (ovum) degrade. Semakin anda tua, genetic abnormalities dan keguguran lagi senang berlaku.. Adik2 yang umo bawah 18 pon toksah le pk nak mengandung dulu (yg dah kawen), keadaan korang belum cukup matang untuk menjalankan proses kemengandungan nih..

Zaman sekarang ni, bukan faktor biology je nak kene fikir. Terus terang aku mcm tak beberape setuju dengan fakta bahawa mende2 pasal duit hantaran sampai 30ribu didahulukan, majlis perkahwinan nak wat kat hotel 5 star serta kemeriahan nak mengalahkan majlis perkahwinan Prince William. Kalau mampu takpe la. Tapi kalau melambatkan perkahwinan tak bagos gak kan.. Dan satu faktor lagi yang aku rase penting ialah pendapatan bulanan untuk sara keluarga. Mende2 camni lagi bagos untuk difikir daripada nak abeskan duit sume kat majlis, pastu lepas kawin makan roti hari2.


Wednesday, November 16, 2011

Assalamualaikum,,selamat pagi,,,selamat,,,selamat,,,selamat,,,

nak tahu x kelas rini batal , rata- rata rakan sekalian sibuk mengisi masa lapang dengan  menyiapkan esemen kurikulum yang nak kena antar esok lusa ,,,,,,keje last minute ,xkira la apepun,,.asalkan esemen berjalan dengan lancar,,dan dapat disiapkan dengan sebaik mungkin,,,,":P


dengan harapan, agar permulaan hari  kali ini semangatku  lebih berkobar-kobar untuk meraih kecemerlangan berganda dari hari-hari  yang lepas sehingga berkobar ke akhir hujung semester ini.
harap2 aku pun jadi rajin macam sang semut ni,,
mari kita baca kisah tentang kerajinan sang semut,,,,,




Kerajinan Sang Semut

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan.
Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam keatas baginda S.A.W.
Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.
Kerajinan, daya usaha yang tinggi serta kegigihan adalah suatu frasa yang hampir sama ertinya. Namun berapa ramai daripada kita yang menghayati erti sebenarnya sebagai suatu aspek utama untuk mengorak kejayaan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan?
Berapa ramai dari kita yang menjadikan elemen rajin sebagai suatu unsur yang mesti ada dalam diri?
Terciptanya manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah ini adalah bukti kesempurnaan kejadian manusia. Jika kita bandingkan diri kita semua dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan, sudah tentu terdetik rasa bertuahnya diciptakan sebagai manusia yang sempurna tubuh, akal fikiran dan anggota lainnya.
Jika kita bandingkan diri kita dengan makhluk Allah bernama semut, pasti ada terlintas di fikiran bahawa semut adalah makhluk kecil yang lemah berbanding kita semua.
Semut adalah serangga bersaiz kecil dan halus tubuh badannya. Kekurangan tersebut langsung tida mendukacitakan sang semut kerana mereka hidup dalam suatu komuniti yang besar, bersatu padu dan saling bekerjasama. Kegigihan sang semut sememangnya mengatasi manusia dan ini seharusnya menjadi pedoman dan pengajaran buat insan yang berfikir.
Lihatlah bagaimana mereka meguruskan kehidupan harian dengan begitu rajin. Jika mencari makanan, mereka akan meredah segala pelusuk yang menempatkan makanan meskipun lokasinya amat jauh dari sarang.
Cubalah anda menyelusuri seekor semut dari saat dia keluar untuk mencari makanan hinggalah pulang ke sarangnya. Pasti anda akan mendapati kesungguhan yang luar biasa dan tanpa putus asa yang ada pada sang semut.
Kata seorang sarjana Barat, Henry W. Beecher,
"Satu jam yang tekun dan insentif, adalah jauh lebih baik dan menguntungkan daripada mimpi dan termenung yang bertahun lamanya."
Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh sang semut selari dengan tuntutan Islam yang menyeru umatnya agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Najm bermaksud:
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya." [An-Najm:39]
Dikisahkan Nabi Sulaiman A.S sedang berehat di luar Istana lalu baginda ternampak seekor semut yang sedang merayap di atas seketul batu. Baginda berasa kagum bagaimana semut itu boleh hidup di atas batu-batu yang kering di tengah-tengah padang pasir itu.
Disebabkan ingin membantu semut tersebut, Baginda menyediakan sebuah rumah kecil dengan bekalan makanan gandum didalamnya. Selepas semut itu bersetuju, maka tingallah ia di dalam di dalam rumah kecil berisi bekalan gandum itu.
Selepas sebulan lamanya, gandum itu hanya tinggal sedikit. Semut tersebut menjelaskan kepada Baginda kenapa ia lebih senang hidup di luar daripada dipelihara. Ini kerana ia bimbang Baginda akan terlupa memberinya makan kerana kebiasaannya jika di luar sana, sang semut akan makan sebiji gandum atas daya usaha dan kerja kerasnya.  
Tetapi sebaik sahaja Nabi Sulaiman memasukkannya ke dalam rumah tersebut, sang semut menyatakan bahawa ia cuma dapat makan setengah gandum sahaja supaya bekalan itu mencukupi untuk sebulan lagi.
Akhirnya Nabi Sulaiman akur bahawa usaha dan ikhtiar yang kuat sang semut dapat menjana kekuatan hidupnya. Benarlah apa yang dikatakan dalam buku Success Acceleration karya Tony Jeary:
"Bersikap optimis dan positif bukanlah hanya suatu tindakan, gimik atau formula ajaib yang perlu dilakukan apabila perlu. Sebaliknya ia adalah sesuatu yang mesti dibangun dan diamalkan sehingga ia menjadi suatu kebiasaan (a nature of response). Justeru mulai saat ini, jadilah seorang yang optimis sepanjang masa."
Sang semut menjalankan tugasnya dengan dua elemen yang penting yang boleh kita contohi iaitu 'focus' dan 'priority' (keutamaan). Sang semut sentiasa fokus iaitu memberi tumpuan kepada kawasan sumber makanan lalu melaksanakannya dengan ikhtiar yang tinggi untuk mendapatkan makanan tersebut.
Prioroti sang semut pula menekankan kepada kesesuaian kawasan sumber makanan untuk mereka perolehi. Sebaik sahaja sang semut mengenalpasti kawasan yang ingin dituju, maka segerombolan semut akan melakukan operasi mencari makanan tersebut.
Mereka melakukan dengan penuh kesungguhan sehingga berjaya. Kerana sikap itulah, sang semut jarang sekali atau mungkin tidak pernah pulang ke sarang dengan tangan kosong!
 Hakikat ini disokong oleh Presiden Indonesia pertama, Sukarno ada menyatakan,
"Orang yang rajin lebih berharga daripada seorang raja."

Susu Ibu Sebatian Ajaib

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.
Memantapkan Sistem Imunisasi
Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.
Kaya Dengan Nutrisi
Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.
Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.
Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.


Fakta tentang "Makanan Tersegar"
Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.
Susu Ibu dan Kecerdasan
Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.
Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.
Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.
Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat: 
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

Monday, April 25, 2011

Semua Masalah Kecil Bila Sentiasa Allahuakbar


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut". (Riwayat al-Hakim)
Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah. Bukan setakat di mulut sahaja.
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya :
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"
(Surah al-Insyirah : Ayat 5)
 
Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Dalam permulaan solat, kita sentiasa membesarkan Allah Swt, mengagungkan Allah Swt dengan kalimah Allahuakbar, tetapi apakah kita masih terus "Allahuakbar" apabila berhadapan dengan masalah? adakah masalah itu lebih besar atau Allah swt?

Sama-sama kita renung dan menginsafi diri.