KHASIAT BAWANG
Adakah anda
mempunyai masalah berat badan? Pasti anda akan berusaha untuk
mengurangkannnya. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda untuk
membakar lemak antaranya melalui senaman dan diet. Tetapi anda juga
boleh turut membakarnya walaupun ketika anda makan. Antara makanan yang
membantu untuk pembakaran lemak ialah..
(1) Bawang
putih/merah- Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur
yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga
berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan
metabolisme tubuh seseorang.
(2) Tomato-
Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar
lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan
tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.
(3) Putih
telur- Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein
paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses
membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning
telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.
(4) Lada-
Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan
vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan
lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
(5) Anggur-
Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur.
Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang
dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol
seseorang.
(6) Lobak
merah- Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A
untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.
(7) Timun-
Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi
khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia
dapat membantu untuk membersihkan asid urik.
No comments:
Post a Comment